Demo & TOT Peralatan GPS - Dua orang Pegawai Juruukur MYSA telah memberikan demonstrasi dan taklimat penggunaan peralatan GPS kepada Pegawai DOF di MYSA pada 26 Jun 2019. Ia berfungsi untuk persediaan kerja lapangan di kawasan perintis projek buat pertama kalinya iaitu di Layang Layang Johor pada 9 - 11 Julai 2018.







Bengkel Spesifikasi Keperluan Pengguna (URS) telah diadakan di Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang, Port Dickson pada 13-15 November 2018.



Bengkel User Acceptance Test (URS) telah diadakan di Kolej Perikanan Malaysia, Lumut, Perak pada 13-15 Februari 2019.



Bengkel Pemurnian Data Siri 1/2019 telah diadakan di Agensi Angkasa Malaysia pada 7 Mei 2019.



Lawatan Kerja Jabatan Perikanan Malaysia ke Agensi Angkasa Malaysia - Lawatan oleh 10 orang delegasi DOF ke MYSA pada 17 Ogos 2018 diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan) iaitu YBhg. Dato' Dr. Bah Piyan Tan.







Majlis Menandatangani Nota Kerjasama antara Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) yang telah diadakan pada 27 November 2018 bertempat di Tapak Ekspo MAHA, Serdang disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Perikanan iaitu YBhg. Dato' Hj. Munir Bin Hj. Mohd. Nawi dan Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia iaitu YBrs. Tn. Hj Azlikamil Bin Napiah. Rombongan dari MYSA juga dibawa melawat ke pameran MAHA di Laman DOF.













Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu (JKP)
Mesyuarat JKP Bil. 01/2019 - Dijadualkan pada 30 Mei 2019 di Ibu Pejabat DOF, Putrajaya.
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal (JKT)
Mesyuarat JKT Bil.01/2019 - Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Adnan Bin Hussain, Pengarah Kanan Bahagian Biosekuriti Perikanan DOF. Mesyuarat JKT Bil. 01/2019 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Senangin, Bahagian Biosekuriti Perikanan DOF pada 22 Februari 2019. Pegawai MYSA yang hadir diketuai oleh Pengarah Bahagian Pembangunan dan Analisis Data Geospatial.




Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal